SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.
KELAS Tadika
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.
SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.
MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah'' Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.
TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?
Seman tulis 'Saya tak tahu'dan anak encik tulis ' Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu
DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : 'Selamat petang...'
Pesakit : 'Selamat petang Doktor!'
Doktor : ' Ada masaalah apa ...?'
Pesakit : 'Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor...'
Doktor : 'Biar saya periksa telinga anda!'
setelah diperiksa....
Doktor : ' Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut...
Pesakit : 'Apa caranya doktor?'
Doktor : 'Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma...'
Pesakit : 'Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?'
Doktor : 'Yang percuma kena sabar...'
Pesakit : 'Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?'
Doktor : 'Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi tauge anda tinggal tarik keluar.
Pesakit : 'Huh
AYAM DAN LEMBU
Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor.Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,Macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)
0 comments:
Post a Comment